Premium Beautiful

Wednesday, September 19, 2012

Two month ago

Hari ni I would love to share hari masa givin birth to my beloved Umar Al-Khayr.

After knowing that i'm pregnant, i started taking care about food that i can eat. Cewah, tapi kekadang tak boleh tahan gak tengok makanan sedap.hehe.. The first three month memang yang paling teruk sekali. I think most of pregnant woman pun experience benda yang sama iaitu muntah muntah. Worst is kene gastric sekali. Seminggu cuti kerja masa tu gastric punya pasal. Malam tak boleh tidur.
Bila masuk trimester kedua, masa ni yang paling seronok. Ada selera makan, muka pun berseri2. kuikui.  Memang doctor ada bagitau trimester kedua ni macam honeymoon time la. Happy je rasa.
Masuk trimester ketiga, baby bump memang dah ketara, dah makin berat. Masa ni dah start jadi pemalas sikit, jalan sikit penat, buat kerja sikit penat, rasa macam nak tidur je sepanjang hari. Mood pun ok tak ok je.

Sampai lah ke hari nak bersalin. Sebenar nya doc bagi tarikh due baby 17 July 2012. Tapi sampai ke 18 pun takde tanda-tanda langsung. Pintu rahim pun baru buka 1cm. So akhirnye kami decide untuk induce and lahirkan baby pada 20 July 2012. 
19 July 2012 pukul 10pm, me and hubby cek-in masuk wad Putra Medical Centre.

Masa ni ya Allah, tuhan saja yang tahu perasaan takut nye, bedebar-debarnya. Maklumla dah tahu tarikh nak lahirkan baby, meaning a few hours from now akan rasa sakit nak bersalin. 
muka terpaksa senyum. dalam hati sangat lah berdebar2

 Lepas cek-in, not much thing to do. Just rehat-rehat, tenangkan diri, and tidur. Pukul 3 pagi nurse datang and masukkan ubat induce. Dalam sejam lepas tu, mula rasa sakit-sakit macam nak buang air. Tapi ingat kawan-kawan yang dah experience bersalin kata, banyakkan berjalan. So jalan-jalan je dalam bilik, cuba lupakan sakit, tengok facebook, tulis journal. Macam-macam lah buat lepas induce tu. Nak tidur memang  dah tak ngantuk la, sebab perasaan berdebar2 tu dah hilangkan ngantuk.
Sampai la ke pukul 8.30 pagi. Dr.Wan Ratna masuk and pecahkan air ketuban. Ok masa ni dah tak boleh jalan-jalan dah. Darah dah start keluar, pastu memang dah rasa sakit. Tatau lah macam mana nak describe sakit dia, macam period pain + nak buang air besar. Ha cemtu la kot..hehe.
Masa ni ada Hubby dengan Mak temankan and tenangkan.
Pukul 10 pagi nurse datang masukkan air and bagi ubat tahan sakit. Tapi ubat tu still tak berkesan bila contraction datang. Tapi time tengah takde contraction tu rasa ngantuk je. Lepas masukkan air, contraction datang makin kerap. macam every 5minit sakit..pastu ok kejap..pastu sakit balik..pastu ok kejap..etc~ Masa ni pintu rahim dah pun terbukak 5-6cm.
Pukul 11.30 pagi, nurse datang cek skali lagi, kali ni pintu rahim dah bukak 6-7cm. Masa ni sakit nye memanglah tak terkata. Tu pun nurse tu rilex je cakap "takpe, yg ni ok lagi, nanti lagi sakit". Hadoi, tengah2 sakit boleh lak cakap macam tu, buat stress je. hahaha :p  Since pintu rahim dah bukak 7cm, nurse terus tolak masuk labor room.
Start pukul 12pm, betul la macam nurse tu cakap, akan bertambah sakit. Ya Allah, memang tuhan je tahu sakit dia macam mana. Alhamdulillah Hubby dia bagi masuk sekali and ada je sepanjang masa sakit tu. Dia la tukang pujuk, tukang tenangkan, tukang baca doa, tukang urut, segala-galanya lah. Kalau sorang2 masa tu tatau la macammana.
Sampai la pukul 1.30pm cemtu, akhirnye Doctor datang nak sambut baby. Masa ni dah teramat lah penat tahan sakit, rasa memang habis tenaga. Bila push2, baby tak keluar2. Last2 doctor tolong guna vacum.

Akhirnya, Alhamdulillah, pukul 1.40pm cemtu,...dengar la suara baby nangis. Hilang terus rasa sakit, penat pe sume tadi bila tengok baby. :)

ni la dia kesayangan Mama and Ayah :)

To all my friends yang tengah pregnant, or tengah plan2 nak pregnant, I wish u all selamat dapat baby yang sihat and comel. Jadi isteri and ibu sememangnya anugerah terindah untuk seorang wanita :)







2 comments:

  1. heheh..lepas bersalin tu bila tengok baby memang hilang sume sakit..seronok sgt ^.^

    ReplyDelete