Thursday, July 26, 2012

Hari ke-7

Alhamdulillah selamat bersalin. Hari ni dah hari ke-7 berpantang dan hari ke-7 baby lahir. Rasa bersyukur sangat semua berjalan dengan baik.
Hari ke-7 ni hubby pergi buat qiqah untuk baby and bagi nama Umar al-Khayr to our beloved son.

hari masuk wad. 19 july 2012 10pm. kene induce at 3am 20 july 2012

First pic of my baby. was born on Friday 20 July 2012, 0136pm
at Putra Medical Centre with 3.1kg and 55cm height.
Alhamdulillah my baby is in healthy condition :)
Baby and Ayah before cek-out from wad
First night at home. Shh~
Umar al-Khayr bin Mohd Faiz. Love and Gift from Him. Alhamdulillah





Tuesday, July 17, 2012

Alhamdulillah



40weeks of Pregnancy. For rough calculation its like already 10month of pregnancy. Its quite long time huh? heheh..Alhamdulillah me and baby are still in good condition. Being pregnant is such a gift for me and i bet other women would also agree with me ^.^ All the mood swing, up and down, morning sickness, is such a journey for mom to be.. when i think about it, im so grateful that i actually had chance to go tru it all and watch my bump grow. Its such a miracle.. Alhamdulillah!

17 July 2012. Doing cardiotocography (CTG) for recording the fetal heartbeat of my baby





Thursday, July 12, 2012

Be Beautiful!

My 39weeks 5days of pregnancy. Hujung-hujung pregnancy ni im busy looking for product untuk di makan lepas bersalin. Sebab nye, mestila nak jaga balik penampilan and my aim is mesti boleh pakai balik baju kebaya yang buat masa kawin last year. Yela, buat mahal2 tapi pakai sekali je... Sayang nye.

during majlis khatam quran

So after looking and researching for product, one day i heard about an islamic product from Hiraq. Product pemakanan Sunnah, the ingredients are made from honey, kurma, habatus saudah and other herbs. Besides im sure its halal product, the ingredients like honey and habatus saudah had been thought long ago in Quran as the best medicine for all sickness in the world.  Im already bought this set (mak yang belikan :p hadiah..hehe) for RM360. 


Dalam set bersalin ni actually include bengkung, but i choose to buy another corset called Premium Beautiful. Since it is well-known product and i know ramai yang dah pakai, so decided to buy 1 and wear it masa pantang nanti. Hopefully it worth of investment. :) let just see how am i doing after delivering my baby.. insyaallah.



ref:http://www.hiraq.net/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=50&Itemid=4
     :http://www.shakhalid.com/2012/01/kebaikan-premium-beautiful.html




BREASTFEEDING and MOM!


39 weeks day 4. Thats the current age of my pregnancy now. Still wonder and waiting when my baby would ready to be delivered. But i realized it is most important for me to gain more and more knowledge about baby, be ready and prepared to nursing and care for my own child later on.
Untuk entry kali ni, i realy would love to share about breastfeeding untuk new mommy. A few month sebelum ni, pernah terdengar dalam radio ikim, salah satu hak anak terhadap ibunya ada lah mendapat susu badan. Bila mendengar topik tersebut dibincangkan, memang tergerak dan terniat dalam hati nak bagi sepenuhnye susu badan untuk my baby. Ape pun semua rezeki dari Allah, yang penting kita cuba yang terbaik nanti. 
Penghasilan susu ibu ditentukan oleh sejenis hormon di dalam badan ibu, iaitu hormon prolaktin. Hormon ini dirembeskan oleh kalenjar pituitari di otak yang akan meransang payudara untuk menghasilkan susu. Semasa mengandung, hormon-hormon mengandung seperti progesteron dan estrogen yang dihasilkan oleh plasenta akan menghalang penghasilan hormon prolaktin. Sebaik saja selepas bersalin, plasenta akan dikeluarkan dan menyebabkan hormon progesteron dan estrogen akan menurun dan hormon prolaktin terus meningkat. Peningkatan hormon prolaktin seterusnya memulakan penghasilan susu yang banyak untuk seseorang bayi.
Sedikit tips utk pasangan yg baru nak explore breastfeeding (for career women) ni:
  1. Keep on pumping..
  2. Jgn stress sebab stok tak de lg.. just target utk supply setiap hari
  3. Do keep in touch..really closed with breastfeeding mothers support group
  4. Gain more knowledge (pasal storage, pumping style, etc)
  5. Doa n tawakal (hati mesti cekal)
  6. Bukan semua org susu akan keluar semasa pregnant, dan itu bukan indicator ibu tersebut banyak susu ataupun tidak. If susu lambat kuar nanti perlu stimulate..antara caranya, lepas deliver in 1 hour mesti bagi bby direct breastfeed
  7. If susu kurang sgt/ or rasa tak keluar mintak bantuan dari nurse utk stimulate dgn cara urutan
  8. 2-3 hari mmg susu tak bnyk sgt..sbb perut bby kecik je sebesr guli

FOR MORE INFO - Ref: http://www.azyanmasiron.net/page/3/

Monday, July 9, 2012

39 Weeks of my pregnancy

Hari ni 9 July 2012 genap 39 minggu mengandung.
Alhamdulillah setiap kali buat check-up, doctor kata baby ok and 
tengah ready2..tunggu masa je..
Barang2 baby semua dah siap. Tunggu masa nak bawak baby balik je.
Tak sabar nye rasa..Ape agak nye perasaan dukung anak sendiri.
Sure tak sama dengan perasaan dukung anak buah or anak orang lain.

39 weeks, kalau kira2 macam satu tempoh yang sangat la panjang... tp kalau tak counting the days sangat..rasa kejap je.. however there's a lots of thing that i really missed to do..
my workplace 
cycling 
date without feels tiring and heavy
makan salmon sashimi!!! dh 9 month tak mkn :((

ice skating!!!! 
climbing broga hill at early morning









Wednesday, July 4, 2012

1st Year Wedding Anniversary


OUR WEDDING ANNIVERSARY

1 July 2011
me and faiz had been pronounced as hubby n wife.
Alhamdulillah.
Dah genap setahun dah. Rasa macam sekelip mata.
percaya tak, inai kat ibu jari kaki baru habis semalam. setahun tahan inai tu. heheh :p

Sekarang kami berdua menanti kehadiran cahayamata yg ada dalam perut ni..dah 38minggu.
Insyaallah 
anytime soon akan bertambah la family kita..hehe..sungguh nervous rasa nye.

Post kali ni nak share gambar wedding yg tak pernah lagi
Salina share kat mana-mana. gambar majlis bertandang ke Batu Pahat
kawan2 LCP yang datang ^.^


Majlis ni seronok sangat. Terasa betul2 diraikan sebagai menantu baru.
Start majlis tengahari, panas terik. lepas tu berarak ke Perkarangan Masjid Kampung Istana.
Dengan kompang, gendang and sedara mara and kawan2 mak ayah pun ada yg datang
jadi pengiring. Seronok betul :) flower girl/boy masa tu anak-anak buah hubby, irfan ngn zara.
Comel sangat!

Berarak ke Perkarangan Masjid


                                             
                                 
Sampai depan pintu masjid, Mak n Abah mertua sambut dengan suapan madu dan kurma.
Lepas berarak tu, terus ke meja makan, n makan2 dulu. Elok sangat la, perut memang lapar je masa tu.
lauk pun sedap. lepas makan cam biasa, potong kek.hehe.

                                     



Tapi majlis bukan sampai situ je, banyak lagi rupanye aturcara yang family in law dah aturkan.
lepas makan2, berarak sekali lagi. kali ni kene bejalan jauh sikit naik bukit, ke rumah 
family in law.
sampai2 je depan rumah, dah ada orang sambut, siap suapkan air. lepas tu pit stop pertama depan rumah, tengok kanak2 menari zapin. sangat best tengok, maklum kalau dari johor zapinnye, memang la best..masa ni maktuk la paling excited, cari kerusi paling depan sekali. haha.

 


lepas habis persembahan zapin tu, pengantin di jemput masuk dalam rumah. tapi sebelum masuk, pit stop kedua dekat beranda rumah. Kali ni husband pulak suapkan madu, kurma, dengan air.
sebenar nye tak pernah merasa or tengok tradition ni. mayb sebab hubby dari keturunan sheikh, or batu pahat's tradition...
masuk dalam, group kaum ibu dah menanti. Ha, marhaban. Marhaban kan memang famous kat johor.
Lepas habis marhaban, baru la pengantin naik pelamin, and bersanding. 
Macam biasa, majlis tepung tawar ngn sesi fotografi.





lepas habis bersanding, ha, ni yang betul2 macam orang kaya arab rasa nye ni, baling gula2 ngn duit kat budak2.haha. kanak2 semua berebut2 amik. terasa macam cerita ali baba bujang lapok tu, tabur wang emas..cewah~
majlis penutup nye adalah upacara serah anak/terima menantu.
masa ni mak abah (in law) ngan mak ayah bagi kata2 untuk serah kan anak pada family in law and di jaga macam anak sendiri. Terharu dengar masa ni.. T.T





Selesai majlis...lepas tu, acara bebas la..ha ni yg seronok..outdoor fotografi.
pergi dengan kawan lcp yg datang. seronok betul amik gambar ramai2. baru la tak boring and macam2 idea ada.









Alhamdulillah majlis bertandang berjalan lancar sangat. And tak sangka disambut semeriah tu. Ramai sangat orang datang. 
Dah setahun, tapi kenangan yang indah memang susah nak dilupakan. Every details macam masih melekat lagi kat kepala. Terasa baru je lagi.. :)